Program Lawatan Sambil Beriadah ke Hutan Simpan Membalua, Bandar Sri Indah

Pada 7hb Julai 2022 yang lalu, pelajar-pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6 Sekolah Antarabangsa Charis Tawau telah mengadakan lawatan sambil beriadah ke Hutan Simpan Membalua, Bandar Sri Indah, Tawau. Lawatan ini disertai oleh 17 orang pelajar, 3 orang guru pengiring, 4 orang ibu bapa dan Pengetua Sekolah Antarabangsa Charis, Dr. Debra Sim.



Program ini bertujuan untuk membina ketahanan mental dan fizikal pelajar dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di samping mengeratkan hubungan antara pelajar. Pelbagai aktiviti telah disertai oleh pelajar antaranya flying fox, bot kayuh (paddle-boat), dan mendayung kayak.