Dr. Debra Sim
Pengetua Sekolah Antarabangsa Charis, Dr. Debra Sim, merupakan pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang farmakologi dari University of Liverpool, United Kingdom (UK). Beliau juga telah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Malaya sejak 1993 dan menjadi seorang profesor sejak 2006 sehinggalah beliau bersara pada 2017. Pada ketika ini, beliau juga seorang Profesor Kehormat yang menyelia para mahasiswa dan mahasiswi peringkat ijazah sarjana.
Dr. Debra Sim telah menerima banyak pengiktirafan untuk kerja beliau sehingga disenaraikan dalam World Who is Who dalam Perubatan dan Penjagaan Kesihatan, USA 2006-2007 dan Asian/American Who's Who, Vol IV, 2004 India. Selain itu, beliau juga penerima anugerah 'Pensyarah Terbaik' dalam Paraclinical/Year II daru Medical Society, Universiti Malaya, pada tahun 1986, 1989, 1991, dan 1994; dan daripada Dental Society, Universiti Malaya, pada 1989 dan 1994. Di samping itu, beliau juga penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2000, 2002, dan 2009, serta memperoleh Sijil Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2004 dan 2005 di Universiti Malaya.
Bacaan lanjut